MASJID BEIJING
(RANTAU PANJANG)
MASJID ini dikenali Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra tetapi
sinonim dengan panggilan Masjid Beijing yang diilhamkan oleh Allahyarham Menteri
Besar Kelantan, Y.A.B Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Masjid Beijing ini menggabungkan seni bina Cina dan Islam menyerupai
Masjid Niujie yang berusia lebih 1,000 tahun di Beijing, China. Masjid
ini mula dibina pada 12 September, 2005 dan telah dirasmikan pada bulan
Ogos 2009 terletak di tepi lebuh raya Pasir Mas - Rantau Panjang
kira-kira 2 kilometer dari Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 3.7
ekar.
Kos keseluruhan pembinaan Masjid Beijing ini berjumlah RM8.8 juta
yang mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.
Setiap tahun masjid ini menjadi tumpuan utama pelancong dari dalam dan
luar Kelantan serta pelancong antarabangsa untuk melihat dengan lebih
dekat seni binanya. Produk Masjid Beijing ini termasuk dalam kalendar
Tahun Melawat Kelantan 2012.
Keindahan dan kayanya rekabentuk masjid ini menyebabkan
ia sentiasa dikunjungi oleh pengunjung tempatan serta pelancong dalam
dan luar negeri.
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH