Masjid Kampung Laut ini bukan sahaja sebuah masjid tertua di Kelantan tetapi juga
di Nusantara. Masjid ini dikatakan dibina dalam abad ke-18 oleh
pengembang Islam (Wali Songo) yang mana seni binanya seperti Masjid
Demak di daerah Gresik, Indonesia yang dibuat dari kayu tanpa
menggunakan paku tetapi hanya dipasak. Tapak asal masjid ini terletak di
Kampung Laut, Tumpat iaitu di pinggir Sungai Kelantan. Disebabkan
masjid ini sering ditenggelami banjir, lalu dalam tahun 1965 masjid ini
dipindahkan ke Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan sehingga hari ini.
Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH