MASJID: Majalah Tentang Pelbagai Bentuk Masjid . Foto . Paparan Eksklusif . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmimasjid.blogspot.com

Ahad, 21 Mei 2017

Masjid Kg. Rong Chenok (Pasir Mas)

MASJID KG. RONG CHENOK
(PASIR MAS)



Masjid Kg. Rong Chenok letaknya di Pasir Mas, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Jumaat, 5 Mei 2017

Masjid Jal Kechik (Tumpat)

MASJID JAL KECHIK
(TUMPAT)


Masjid Mukim Jal Kechik, letaknya dalam daerah Tumpat, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Sabtu, 21 Januari 2017

Masjid Guchil 4 (Kuala Krai)

MASJID GUCHIL EMPAT
(KUALA KRAI)


Masjid Mukim Guchil 4, letaknya di Jalan Guchil 4, Kuala Krai, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Jumaat, 20 Januari 2017

Masjid Talak (Tumpat)

MASJID TALAK
(TUMPAT)



Masjid Talak, letaknya di Kampung Talak, Tumpat, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Rabu, 18 Januari 2017

Masjid Pak Keral (Tumpat)

MASJID PAK KERAL
(TUMPAT)



Masjid Mukim Pak Keral, letaknya di Jajahan Tumpat, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Selasa, 17 Januari 2017

Masjid Bendang Pak Yong (Tumpat)

MASJID BENDANG PAK YONG
(TUMPAT)



Masjid Bendang Pak Yong, letaknya di Kampung Pak Yong, Tumpat, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Isnin, 16 Januari 2017

Masjid Hadhari (Terengganu)

MASJID HADHARI
(TERENGGANU)




Masjid Hadhari, letaknya di daerah Jerteh, Terengganu.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Ahad, 15 Januari 2017

Masjid Kg. Gemuroh (Terengganu)

MASJID KG. GEMUROH
(TERENGGANU)



Masjid Kg. Gemuroh, letaknya di Jalan Kelantan, Setiu, Terengganu.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Sabtu, 14 Januari 2017

Masjid Kg. Laut

MASJID KG. LAUT
(TUMPAT)



Masjid Kampung Laut ini bukan sahaja sebuah masjid tertua di Kelantan tetapi juga di Nusantara. Masjid ini dikatakan dibina dalam abad ke-18 oleh pengembang Islam (Wali Songo) yang mana seni binanya seperti Masjid Demak di daerah Gresik, Indonesia yang dibuat dari kayu tanpa menggunakan paku tetapi hanya dipasak. Tapak asal masjid ini terletak di Kampung Laut, Tumpat iaitu di pinggir Sungai Kelantan. Disebabkan masjid ini sering ditenggelami banjir, lalu dalam tahun 1965 masjid ini dipindahkan ke Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan sehingga hari ini.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Jumaat, 13 Januari 2017

Masjid Chenderong Batu (Wakaf Baharu)

MASJID CHENDERONG BATU
(WAKAF BAHARU)



Masjid Chenderong Batu, letaknya di Kampung Chenderong Batu, Wakaf Baharu, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Khamis, 12 Januari 2017

Masjid Alor Pasir (Wakaf Baharu)

MASJID ALOR PASIR
(WAKAF BAHARU)



Masjid Alor Pasir, letaknya di Kampung Alor Pasir, Wakaf Baharu, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Rabu, 11 Januari 2017

Masjid Wakaf Baharu (Wakaf Baharu)

MASJID WAKAF BAHARU


Masjid Wakaf Baharu, letaknya di Wakaf Baharu, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Selasa, 10 Januari 2017

Masjid Kg. Gerong (Tumpat)

MASJID KG. GERONG
(TUMPAT)



Masjid Kg. Gerong, letaknya di daerah Tumpat, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Isnin, 9 Januari 2017

Masjid Al-Hidayah (Tumpat)

MASJID AL-HIDAYAH
(TUMPAT)



Masjid Al-Hidayah letaknya di Mukim Kg. Laut, Tumpat, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Ahad, 8 Januari 2017

Masjid Ismaili (Tumpat)

MASJID ISMAILI



Masjid Ismaili terletak di Pekan Tumpat, Tumpat, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Sabtu, 7 Januari 2017

Masjid Lubok Tapah (Pasir Mas)

MASJID LUBOK TAPAH
(PASIR MAS)



Masjid Lubok Tapah, letaknya di Kampung Lubok Tapah, Pasir Mas, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Jumaat, 6 Januari 2017

Masjid Kerasok (Pasir Mas)

MASJID KERASOK
(PASIR MAS)


Masjid Kerasok, letaknya di Kampung Kerasok, Pasir Mas, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Khamis, 5 Januari 2017

Masjid Kasa (Pasir Mas)

MASJID KASA
(PASIR MAS)


Masjid Kasa terletak di Kampung Kasa, Pasir Mas, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Rabu, 4 Januari 2017

Masjid Beijing (Rantau Panjang)

MASJID BEIJING
(RANTAU PANJANG)


MASJID ini dikenali Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra tetapi sinonim dengan panggilan Masjid Beijing yang diilhamkan oleh Allahyarham Menteri Besar Kelantan, Y.A.B Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
Masjid Beijing ini menggabungkan seni bina Cina dan Islam menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih 1,000 tahun di Beijing, China. Masjid ini mula dibina pada 12 September, 2005 dan telah dirasmikan pada bulan Ogos 2009 terletak di tepi lebuh raya Pasir Mas - Rantau Panjang kira-kira 2 kilometer dari Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 3.7 ekar.
 
Kos keseluruhan pembinaan Masjid Beijing ini berjumlah RM8.8 juta yang mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Setiap tahun masjid ini menjadi tumpuan utama pelancong dari dalam dan luar Kelantan serta pelancong antarabangsa untuk melihat dengan lebih dekat seni binanya. Produk Masjid Beijing ini termasuk dalam kalendar Tahun Melawat Kelantan 2012.
 
Keindahan dan kayanya rekabentuk masjid ini menyebabkan ia sentiasa dikunjungi oleh pengunjung tempatan serta pelancong dalam dan luar negeri.
 

 
Tulisan dan Foto:
AZMI MOHD. SALLEH

Selasa, 3 Januari 2017

Masjid Mukim Lundang (Kota Bharu)

MASJID MUKIM LUNDANG
(KOTA BHARU)




MASJID MUKIM LUNDANG ini ditubuhkan pada tahun 1988 yang letaknya di Kampung Lundang, beralamat Jalan Sekolah Kebangsaan Lundang, 15150 Kota Bharu, Kelantan.
 
Aktiviti masjid ini setiap tahun adalah mengadakan "Jalan Kaki 10,000 Langkah" yang turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid, Jemaah Masjid, Masyarakat dan Penduduk Kampung Lundang sendiri yang terdiri daripada orang-orang dewasa, remaja serta pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Lundang.
 
Tidak lupa juga aktiviti "Rawatan Percuma" kepada setiap penduduk dalam mukim ini hasil kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Kota Bharu dan Pusat Perubatan Swasta.
 
Agenda yang sering dititikberatkan oleh pentadbiran Masjid Mukim Lundang ini meliputi aktiviti keagamaan yang terdiri dari Kuliah Ilmu (Kuliah Subuh, Tazkirah Asar dan Kuliah Maghrib) selain Tadabbur Al-Quran untuk orang-orang dewasa dan remaja yang diadakan lima hari dalam seminggu meliputi hari Ahad (Ustaz Fikri Hamat). Manakala dari Isnin hingga hari Khamis dikendalikan oleh Ustaz Mohd. Hanif Ismail serta Kelas Al-Quran untuk kanak-kanak.
 
JADUAL KULIAH ILMU

AHAD

(1) Kuliah Subuh (Tadabbur Al-Quran. Disampaikan oleh Ustaz Fikri Hamat).
(2) Tazkirah Asar (Disampaikan oleh Imam Solat)
(3) Kuliah Maghrib (Kitab Al-Lu' Lu' Wal-Marjan. Disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hanief Awang Yahaya.

ISNIN

(1) Kuliah Subuh (Tadabbur Al-Quran. Disampaikan oleh Ustaz Mohd. Hanif Ismail).
(2) Tazkirah Asar (Disampaikan oleh Imam Solat).
(3) Kuliah Maghrib (Kitab Fiqh Sunnah, Sayyid Sabiq. Disampaikan oleh Ustaz Bishar Hafifi). 
 
SELASA
 
(1) Kuliah Subuh (Tadabbur Al-Quran. Disampaikan oleh Ustaz Mohd. Hanif Ismail).
(2) Tazkirah Asar (Disampaikan oleh Imam Solat)
(3) Kuliah Maghrib (Kitab Zadul Ma'ad. Disampaikan oleh Ustaz Hj. Wan Mohd. Sharafi Wan Mustafa).
 
RABU
 
(1) Kuliah Subuh (Tadabbur Al-Quran. Disampaikan oleh Ustaz Mohd. Hanif Ismail).  
(2) Tazkirah Asar (Disampaikan oleh Imam Solat).
(3) Kuliah Maghrib (Kitab As-Syamail Al-Muhammadiyah. Disampaikan oleh Ustaz Ahmad Siddiki Abdul Kadir).
 
KHAMIS
 
(1) Kuliah Subuh (Tadabbur Al-Quran. Disampaikan oleh Ustaz Mohd. Hanif Ismail).
(2) Tazkirah Asar (Disampaikan oleh Imam Solat).
(3) Kuliah Maghrib (Kitab Akhlak Mukmin. Disampaikan oleh Ustaz Zaidi Muji).
 
JUMAAT
 
(1) Kuliah Subuh (Kitab Asbabun Nuzul. Disampaikan oleh Ustaz Khairul Amilin Hassan).
(2) Kuliah Subuh Ganti/Giliran (Kitab Safinatu An-Naja Fi Ilmi Al-Fiqh. Disampaikan oleh Ustaz Fahmi).
(3) Tazkirah Asar (Disampaikan oleh Imam Solat).
(4) Kuliah Maghrib (Kitab Nashoihul 'Ibad. Disampaikan oleh Ustaz Ahmad Saroni).
 
SABTU
 
(1) Kuliah Subuh (Disampaikan oleh Ustaz Saufi Abdullah).
(2) Tazkirah Asar (Disampaikan oleh Imam Solat).
(3) Kuliah Maghrib (Kitab Riyadhus Solihin. Disampaikan oleh Ustaz Fikri Hamat).
(4) Kuliah Maghrib Ganti (Kitab Akidatul Islam. Disampaikan oleh Imam Muda Masjid Mukim Lundang, Ustaz Wan Mohd. Khaidir Wan Mahmud). 
 
Masjid Mukim Lundang letaknya di Kampung Lundang, Kota Bharu, Kelantan, berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Lundang dan Tanah Perkuburan Islam.

Tulisan dan Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Isnin, 2 Januari 2017

Masjid Sultan Ismail Petra (Kota Bharu)

MASJID SULTAN ISMAIL  PETRA
(KUBANG KERIAN)


Masjid Sultan Ismail Petra ini dikenali juga Masjid Kubah Biru. Letaknya di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Ahad, 1 Januari 2017

Masjid Telipot (Kota Bharu)

MASJID TELIPOT
(KOTA BHARU)



Masjid Telipot letaknya di Jalan Telipot, Kota Bharu. Laluan dari Jalan Kuala Krai dan Jalan Lundang.

Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH