MASJID: Majalah Tentang Pelbagai Bentuk Masjid . Foto . Paparan Eksklusif . Penerbit/Editor: Azmi Mohd. Salleh . Layari: http://azmimasjid.blogspot.com

Selasa, 3 Januari 2017

Masjid Mukim Lundang (Kota Bharu)

MASJID MUKIM LUNDANG
(KOTA BHARU)




MASJID MUKIM LUNDANG ini ditubuhkan pada tahun 1988 yang letaknya di Kampung Lundang, beralamat Jalan Sekolah Kebangsaan Lundang, 15150 Kota Bharu, Kelantan.
 
Aktiviti masjid ini setiap tahun adalah mengadakan "Jalan Kaki 10,000 Langkah" yang turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid, Jemaah Masjid, Masyarakat dan Penduduk Kampung Lundang sendiri yang terdiri daripada orang-orang dewasa, remaja serta pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Lundang.
 
Tidak lupa juga aktiviti "Rawatan Percuma" kepada setiap penduduk dalam mukim ini hasil kerjasama dengan Jabatan Kesihatan Kota Bharu dan Pusat Perubatan Swasta.
 
Agenda yang sering dititikberatkan oleh pentadbiran Masjid Mukim Lundang ini meliputi aktiviti keagamaan yang terdiri dari Kuliah Ilmu (Kuliah Subuh, Tazkirah Asar dan Kuliah Maghrib) selain Tadabbur Al-Quran untuk orang-orang dewasa dan remaja yang diadakan lima hari dalam seminggu meliputi hari Ahad (Ustaz Fikri Hamat). Manakala dari Isnin hingga hari Khamis dikendalikan oleh Ustaz Mohd. Hanif Ismail serta Kelas Al-Quran untuk kanak-kanak.
 
JADUAL KULIAH ILMU

AHAD

(1) Kuliah Subuh (Tadabbur Al-Quran. Disampaikan oleh Ustaz Fikri Hamat).
(2) Tazkirah Asar (Disampaikan oleh Imam Solat)
(3) Kuliah Maghrib (Kitab Al-Lu' Lu' Wal-Marjan. Disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hanief Awang Yahaya.

ISNIN

(1) Kuliah Subuh (Tadabbur Al-Quran. Disampaikan oleh Ustaz Mohd. Hanif Ismail).
(2) Tazkirah Asar (Disampaikan oleh Imam Solat).
(3) Kuliah Maghrib (Kitab Fiqh Sunnah, Sayyid Sabiq. Disampaikan oleh Ustaz Bishar Hafifi). 
 
SELASA
 
(1) Kuliah Subuh (Tadabbur Al-Quran. Disampaikan oleh Ustaz Mohd. Hanif Ismail).
(2) Tazkirah Asar (Disampaikan oleh Imam Solat)
(3) Kuliah Maghrib (Kitab Zadul Ma'ad. Disampaikan oleh Ustaz Hj. Wan Mohd. Sharafi Wan Mustafa).
 
RABU
 
(1) Kuliah Subuh (Tadabbur Al-Quran. Disampaikan oleh Ustaz Mohd. Hanif Ismail).  
(2) Tazkirah Asar (Disampaikan oleh Imam Solat).
(3) Kuliah Maghrib (Kitab As-Syamail Al-Muhammadiyah. Disampaikan oleh Ustaz Ahmad Siddiki Abdul Kadir).
 
KHAMIS
 
(1) Kuliah Subuh (Tadabbur Al-Quran. Disampaikan oleh Ustaz Mohd. Hanif Ismail).
(2) Tazkirah Asar (Disampaikan oleh Imam Solat).
(3) Kuliah Maghrib (Kitab Akhlak Mukmin. Disampaikan oleh Ustaz Zaidi Muji).
 
JUMAAT
 
(1) Kuliah Subuh (Kitab Asbabun Nuzul. Disampaikan oleh Ustaz Khairul Amilin Hassan).
(2) Kuliah Subuh Ganti/Giliran (Kitab Safinatu An-Naja Fi Ilmi Al-Fiqh. Disampaikan oleh Ustaz Fahmi).
(3) Tazkirah Asar (Disampaikan oleh Imam Solat).
(4) Kuliah Maghrib (Kitab Nashoihul 'Ibad. Disampaikan oleh Ustaz Ahmad Saroni).
 
SABTU
 
(1) Kuliah Subuh (Disampaikan oleh Ustaz Saufi Abdullah).
(2) Tazkirah Asar (Disampaikan oleh Imam Solat).
(3) Kuliah Maghrib (Kitab Riyadhus Solihin. Disampaikan oleh Ustaz Fikri Hamat).
(4) Kuliah Maghrib Ganti (Kitab Akidatul Islam. Disampaikan oleh Imam Muda Masjid Mukim Lundang, Ustaz Wan Mohd. Khaidir Wan Mahmud). 
 
Masjid Mukim Lundang letaknya di Kampung Lundang, Kota Bharu, Kelantan, berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Lundang dan Tanah Perkuburan Islam.

Tulisan dan Jurufoto:
AZMI MOHD. SALLEH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan